Sunday, July 19, 2009

Chakra dan Aura (Sistem Bio-Energi Manusia)



Seorang Master mahupun pengamal Reiki akan memfokuskan titik tenaga dalam tubuh pesakitnya masa proses rawatanya. Titik tenaga itu dikenali sebagai Chakra.
Chakra umpama pintu gerbang bagi pelbagai sumber energi pada aura. Chakra juga dikenali sebagai pusat energi tubuh secara metafiziknya. Energi bergerak keluar dan masuk dari chakra secara putaran. Seperti lensa kamera, chakra boleh menjadi tersekat,kabur dan kotor,tertutup ataupun tersangkut dalam keadaan terbuka. Reiki boleh membersih dan mengimbangi semula chakra dengan secara efektif. Walau dalam keadaan apa sekalipun,kita secara tidak sedar sering menutup bukaan chakra jika terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk,sebagai contoh. Kita meletakkan tangan pada perut sebagai tindakbalas spontan apabila terkejut, pada dada jika dalam ketakutan dan berdebar-debar dan pada ulu hati bila dicemuh.
Dalam bahasa Sanskrit,Chakra bermaksud roda(wheels). Ia sentiasa dalam keadaan berputar. Putaran inilah yang menarik tenaga masuk atau menghalangnya,bergantung kepada arah putaranya.
Ada tujuh chakra utama dalam tubuh badan kita,terletak dibahagian tengah di sepanjang paksi menegak di bahagian hadapan badan. Setiap chakra berbeza warna dan posisinya pada dalam tubuh selari dengan fungsi yang penting dan aspek asas dalam badan manusia.
Chakra melaksanakan tugas-tugasnya dengan bekerjasama baik dan seiring dengan sistem endokrin. System ini mengawal system dan fungsi badan hingga ke lapisan sel-sel melalui tujuh system kelenjar utama yang setiap satunya berhubungkait dengan chakra-chakra tertentu. Kelenjar-kelenjar dalam sisem endoktrin berfungsi memastikan bekalan zat-zat kimia,atau hormon mencukupi bagi setiap organ-organ dan sekiranya ada yang tidak seimbang maka ia diperbetulkan.

3 comments:

  1. menarik la cakra padat ni...nanti bole buatkan. kena bayar ke? or kita tolak le harga tumpang tido umah hehehheh

    ReplyDelete
  2. Salam Perkenalan dari saya Master Irwan..

    belum pernah rasanya kita berjumpa. Semoga terus sukses dalam Reiki.. Rajin2 buat self healing.. :)


    Selamat Berpuasa

    - Master Fatimah, IQBC -

    ReplyDelete
  3. I liked your blog a lott,i found your blog today and i was glad that i did, because your articles have made up a big impression on me. thx for posting these helpfull informations. smiles
    reiki

    ReplyDelete